Jalan penyelesaian Konflik_Darfur

Kem pelarian semakin membesar jika penyelesaian tidak dilakukan segera oleh OIC atau Kesatuan Afrika. Campurtangan Amerika dan Britain hanya akan menambah parah luka yang ada. Pendekatan damai lebih baik dari pendekatan perang yang ditaja oleh Amerika Syarikat.

  • Perjanjian Damai Darfur telah ditandatangani pada Mei 2005 di Abuja, Nigeria oleh kerajaan Sudan dengan puak-puak yang bertelingkah. Presiden Sudan, Omer Hassan Ahmed Al-Bashir mahu semua pihak dipujuk untuk menerima pelan damai tersebut. Majoriti puak telah menerimanya.
  • Pertubuhan Persidangan Islam] (OIC) perlu bijak dan aktif menyelesaikan serta membantu Sudan menangani isu konflik antara pelbagai puak di Darfur.
  • Kesatuan Afrika turut campur tangan setelah isu ini dibincangkan di meja rundingan Majlis Keselamatan PBB. Kononnya konflik Darfur akan mengancam kestabilan antarabangsa.
  • Mewujudkan laluan perjalanan lebih baik bagi binatang ternakan ketika musim peralihan dari utara ke selatan, dan selatan ke utara. Laluan sejauh beratus kilometer telah dibuat dan berpuluh perigi disediakan sepanjang laluan itu. Isu perpindahan puluhan juta binatang ternakan yang menjadi antara punca pertelingkahan antara puak Arab dengan Afrika di wilayah terbabit.
  • Kerajaan Sudan setuju membina dan menguruskan penempatan semula penduduk Darfur di kampung masing-masing selaras dengan Perjanjian Damai Darfur.
  • Persidangan Darfur-Darfur anjuran Kesatuan Afrika akan membincangkan isu keamanan, pembangunan, keadilan dan pentadbiran mantap sebagaimana Perjanjian Damai Darfur.
  • Bank Pembangunan Islam (IDB) di Jeddah dan bantuan OIC perlu menhulurkan bantuan sesegera mungkin.

Kini keadaan di Darfur telah diperbaiki , bekalan makanan mencukupi.Namun kawasan petempatan tidak teratur, rumah-rumah bagaikan setinggan dan amat daif terutama di Al-Fashir yang dianggap pekan di Darfur. Bazar di tepi jalan penuh dengan makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran. Darfur menjadi tumpuan pelarian kerana kawasan pinggiran Darfur lebih daif dan miskin.

Kekacauan politik yang berlaku di Sudan semakin meruncing sejak beberapa tahun yang lalu. Tumpuan kali ini adalah di sebelah barat Sudan, iaitu Darfur. Di sebelah selatan, Sudan masih bergelut memadamkan ancaman South People Liberation Army ( SPLA). Jadi, pada ketika ini, kerajaan Sudan sedang menghadapi dua kekacauan yang berat, satu di sebelah barat dan satu lagi di wilayah selatan.

Sebagai sebuah negara yang terbesar di benua Afrika, Sudan mempunyai jumlah penduduk yang majoritinya adalah beragama Islam iaitu mewakili sebanyak 75%. Selebihnya adalah beragama Kristien. Daripada 75% yang beragama Islam itu, mereka terbahagi pula kepada yang berketurunan Arab dan Afrika. Ramai yang mendakwa bahawa krisis di Darfur adalah suatu pembersihan etnik. Dakwaan ini dibuat berdasarkan sasaran serangan adalah ke atas perkampungan masyarakat Islam keturunan Afrika. Itulah yang didakwa menyebabkan ramai penduduk-penduduk Islam yang berketurunan Afrika melarikan diri daripada kampung halaman dan menjadi pelarian. Seramai 1.2 juta dilaporkan telah menjadi pelarian. Lebih 50,000 orang telah menjadi korban berdasarkan laporan pada November 2004.




Puak yang didakwa melakukan ‘pembersihan etnik’ itu, iaitu Militan Arab Janjaweed, dikatakan mendapat sokongan dana dan senjata daripada kerajaan Sudan.

Analisis-analisis yang mendakwa kekacauan yang sedang berlaku di Darfur adalah berpunca daripada operasi pembersihan etnik oleh Arab Janjaweed adalah tidak tepat. Ini adalah kerana, rakyat Sudan semuanya mempunyai warna kulit yang sama dan pergaulan serta kahwin campur di antara yang umat Islam yang berketurunan Afrika dan Arab telah menjadi kebiasaan dan meluas. Hanya adat-adat tertentu sahaja yang membezakan di antara orang-orang Islam keturunan Afrika dan Arab. Ini diakui sendiri oleh Menteri Luar Negeri Sudan ketika itu, Muhammad Najib El Khair. Beliau mengatakan : “Keadaan di Darfur bukan satu pembersihan etnik atau pembunuhan beramai-ramai, ia semata-mata berpunca daripada perebutan sumber bumi” [Bashir Sets Up Panel to Probe Human Rights Abuses in Darfur, News Article by PANA, 9/5/2004] Sebenarnya terdapat hujah yang menunjukkan tanda-tanda campurtangan US di dalam kekacauan di Darfur .

Pertama, Darfur yang terletak di wilayah barat Sudan itu sangat kaya dengan hasil-hasil bumi seperti uranium, gas asli dan emas. Menurut Menteri Luar Negeri Sudan ketika itu, Muhammad Najib El Khair, “ US telah berjaya menemukan sumber minyak di wilayah tersebut, namun, kami telah memberi kepercayaan kepada syarikat-syarikat daripada Asia untuk melakukan operasi carigali.” Daripada kenyataan Muhammad itu, tidak mustahil US masih menyimpan minat untuk masuk ke dalam wilayah Darfur berdasarkan kepentingan hasil-hasil bumi tersebut, terutamanya uranium.

Kedua, latar belakang Darfur juga memberi petunjuk membuktikan campurtangan US . Darfur merupakan pusat kegiatan Islam di Sudan dan wilayah tersebut mempunyai peranan penting di dalam menyatukan Sudan dengan Afrika dan Islam dengan Afrika. Umat Islam di Darfur amat gigih untuk melaksanakan sistem Islam secara menyeluruh. Kecenderungan tersebut tentunya sesuatu yang amat tidak disukai oleh barat pimpinan US .

Walaupun kekacauan di Darfur telah bermula sejak tahun 1970-an lagi, ia mula memuncak hanya setelah kejadian 11 September 2001, peristiwa yang menyaksikan dua menara WTC ( World Trade Centre) runtuh akibat dilanggar dua pesawat penumpang yang didakwa angkara perbuatan pengganas.

Kekacauan di Darfur mungkin bermula akibat ketegangan pada tahun 1970-an (yang berpunca daripada dakwaan kumpulan penentang yang mengatakan kerajaan Sudan menyisihkan wilayah Darfur dari sudut pembangunan ekonomi) tetapi ia menjadi tidak terkawal apabila ada pihak luar yang turut campur tangan.

Ketiga, campurtangan US menerusi pertubuhan agensi PBB seperti UNHCR dan Amnesti International, US telah berusaha untuk memaksa puak-puak yang bertelagah di Darfur agar menerima kehadiran pasukan PBB untuk memelihara kepentingan orang-orang awam dan pelarian. Kenyataan daripada pemimpin Nancy Pelosi ( US House Democratic Minority Leader) , Carlifornia: “Kita mesti bertindak sekarang untuk mengelakkan lebih banyak pembunuhan jika tidak mahu melihat tragedi Rwanda berulang semula. Ini adalah situasi kecemasan. Kita mempunyai kewajipan yang sah untuk bertindak di bawah undang-undang antarabangsa”

Donald Payne, wakil parti Demokrat dari New Jersey ketika itu pula berkata: “Kita menggesa Setiausaha pertahanan, Colin Powell untuk menyokong campurtangan segera bagi menghentikan pembunuhan-pembunuhan itu, jika tidak berjuta-juta orang akan terbunuh pada akhir tahun nanti”

Keempat, campurtangan US telah pun bertapak di wilayah selatan Sudan. US telah terbukti membekalkan senjata dan dana kepada SPLA di dalam menjalankan misi keganasannya. Pada 1999, Madeline Albright, wakil US telah menemui John Garang, pemimpin SPLA ketika itu, untuk membincangkan bantuan kemanusiaan. Bukankah sudah memadai perbincangan di peringkat pemerintah Sudan , mengapa harus menemui John Garang?

Kekacauan di Darfur ( barat Sudan) dilihat sebagai batu loncatan kepada US untuk masuk ke wilayah tersebut untuk meraih potensi kekayaan alam di situ di samping dapat mengekalkan pengaruhnya secara berterusan di wilayah selatan Sudan .